clik clik on...

Pages

'Agamamu Dalam Bahaya' karangan al-'Allamah Abu Abdullah 'Alawi al-Yamani RA

Di dalam kitab 'Agamamu Dalam Bahaya' karangan al-'Allamah Abu 'Abdullah 'Alawi al-Yamani.

Soalan yg ke-20.
Apakah hadith Jariah?Adakah hadith ini sohih?
Jawapan:
Hadith Jariah ialah,drpd Mu'awiyah al-Sulami RA berkata:Mafhumnya,"Bhw seorang perempuan datang kepada Rasulullah saw,lalu Rasulullah saw bertanya kepadanya,"Di manakah Allah?" Jawab perempuan itu,"Di langit."

Hadith ini tidak sohih tetapi ia adalah hasan. Ia adalah di antara hadith2 yg diriwayatkan dengan makna.


Soalan yg ke-21.
Apakah riwayat yg sohih bagi hadtih tersebut?Apakah dalil ke atasnya?
Jawapan:
Riwayat yg sohih ialah:Mafhumnya,"Bhw Rasulullah saw,ketika datang seorang perempuan kepadanya,Baginda saw bersabda kpdnya,"Adakah kamu menyaksikan bhw tiada Tuhan melainkan Allah?" Jawab perempuan itu,"Ya." Baginda saw bersabda,"Adakah kamu menyaksikan bhw Muhammad itu pesuruh Allah?" Jawab perempuan itu,"Ya." Baginda saw bersabda,"Bebaskanlah dia."
(Diriwayatkan oleh Imam Malik ddlm al-Muwatta' H:777 dan Abdur Razzaq ddlm Musannafnya (9/175) yg telah ditahqiq oleh al-Muhaddith al-'Azami)

Hadith ini adalah sohih. Dalil yg menunjukkan bhw riwayat hadith ini sohih ialah banyak hadith yg menunjukkan bhw alamat iman ialah 'mengucap dua kalimah syahadah' dan bukannya persoalan 'di mana Allah'.
Di antaranya:
1-Sabda Rasulullah saw:Mafhumnya,"Aku perintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka menyaksikan bhw 'Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah'.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

2-Sabda Rasulullah saw:Mafhumnya,"Sesiapa yg menyaksikan bhw 'Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah' akan masuk ke dalam syurga."
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Sekiranya org kafir@org yg kamu ragui keimanannya dtg kpd kamu dan kamu ingin mengetahui adakah dia itu Mu'min atau kafir,maka soalan manakah yg akan kamu ajukan kpdnya?Adakah kamu akan bertanya:Di mana Allah? Atau pun kamu akan bertanya: Adakah kamu menyaksikan bhw tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah?

Fir'aun beriktiqad bhw Tuhan Nabi Musa AS berada di langit. Hal ini disebutkan dalam al-Quran melalui lisan Fir'aun:Mafhumnya,Dan Fir'aun pula berkata,"Wahai org-orgku! Aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yg lain daripadaku. Oleh itu wahai Haman! Bakarlah untukku batu-bata,serta binalah untukku bangunan yg tinggi,supaya aku naik melihat Tuhan Musa(yg dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa drpd org-org yg berdusta."
(Al-Qasas:38)

Oleh kerana itu,org yg bertanya ttg 'Di mana Allah' dan org yg mnjawab bhw 'Allah berada diatas langit dengan Zat-Nya',sebenarnya mengikut dan meniru Fir'aun dlm perkara ini dan BUKANNYA Salafussoleh.


Soalan yg ke-22.
Kenapakah hadith Jariah adalah hasan?
Jawapan:
Hadith tersebut menjadi hasan kerana dlm sanadnya terdapat seorang perawi yg bernama Hilal ibn Abi Maimunah.

Al-Nasaii berkata ttgnya:Tidak mengapa mengambil hadith drpdnya dan dia bukanlah dr kalangan rijal hadith sohih.


Soalan yg ke-23.
Apakah yg diperkatakan oleh al-Baihaqi ttg hadith Jariah ini?
Jawapan:
Ketahuilah wahai saudaraku,bhw Kitab Sohih Muslim dr aspek urutan babnya adalah lebih elok dan baik drpd kitab2 hadith yg lain hatta al-Bukhari. Imam Muslim telah mengumpulkan hadith2 bg setiap tajuk mengikut babnya.Misalnya,bab wudhu',bab mandi,bab iman dan seterusnya.

Manakala kisah Jariah,telah disebutkan didalam bab:(Haram bercakap2 ddlm solat).Oleh hal yg demikian,sebagaimana yg telah disebutkan bhw Imam Baihaqi berkata ddlm kitab al-Asma' wa al-Sifat H:422 sebagaimana nasnya:Hadith ini sohih dan telah dikeluarkan oleh Muslim...tanpa adanya kisah Jariah.(Bermakna kisah jariah tersebut adalah drpd lafaz periwayat hadith,bukannya drpd Rasulullah saw)


Soalan yg ke-24.
Apabila kamu ditanya,"Di manakah Allah"?
Jawapan:
Apabila seseorang bertanya kpd kami soalan ini,maka kami akan katakan kpdnya:"Sesungguhnya Allah itu wujud tanpa tempat."
Kemudian kami katakan kpdnya:"Adakah kamu mengetahui makna perkataan 'di mana' dan perkataan ini mempersoalkan ttg apa?"
Sesungguhnya perkataan 'di mana' bermaksud mempersoalkan ttg tempat dan bukan kedudukan(martabat atau pangkat). Misalnya,org Arab berkata:Di manakah kedudukan bumi dari langit?

Allah itu suci drpd bertempat,sebagaimana firman-Nya:Mafhumnya,"Tiada suatupun yg sebanding dengan-Nya(Zat-Nya,sifat2-Nya,dan pentadbiran-Nya) dan Dialah Yang Maha Mendengar,lagi Maha Melihat."
(Al-Syura:11)

Justeru,tidak berhajat kpd suatu tempat melainkan jisim-jisim.

Dalam hal ini,al-Hafiz Abu Bakar ibn al-'Arabi RA menyatakan pendapatnya mengenai hadith jariah,sebagaimana nasnya:Rasulullah saw bertanya kepada Jariah,"Di manakah Allah?" Maksud soalan Nabi saw ini ialah tentang martabat Allah dan bukannya tempat kerana mustahil bagi Allah itu bertempat.
(Syarah Sunan al-Tirmizi(11/273))

Wallahu'alam..Semoga Allah mengampuni dosa al-Faqir illallah al-Ghani.Amin.


1 comments:

sara yashin said...

Salam. Kat mane ye sy bole dptkan buku ni? Da lame cari.

Followers