clik clik on...

Pages

Sony PSP GO (PSP-N1006) (Pearl White) untuk DILELONG..


KEPADA PEMINAT SONY PSPGO PEARL WHITE>>>>
DAPATKAN SEGERA!!!
BARU KELUAR KEDAI

MENARIKKAN>>
 takkan tak mau
serendah RM 800.00 sahaja...
Sony PSP GO (PSP-N1006) (Pearl White)




basic features
typepsp (playstationportable) handheld game
processor performancemips r4000
memory performance16gb
graphics processormips r4000
polygon performance3d surface and 3d polygon engine
pixel fill rateper second largest 664 million (664m) pixels
online optimizationonline upgrade, wireless internet access
graphics capabilitiessurface engine + rendering engine (0.5 ~ 166mhz)
game carriermemory card
video featuresmpeg-4, mpeg-4 avc, avi (mjpeg) play
audio features3d sound, 7.1 channel, electronic synthesis, effects and other features, atrac3 plus, aac, mp3 player
data interfacewi-fi, bluetooth, usb2.0, msd memory stick interface, data transmission expansion interface, video output interface
screen features3.8-inch 16:9 wide tft lcd; resolution: 480 × 272
keyboard featuresarrow keys (up and down or so), analog pad x 1, △, ○, ×, □ buttons, l / r button x 1 start, select, ps × 1, power / hold switch x 1, wireless lan (on / off) switch x 1 display, sound, external lithium-ion battery, ac-specific, volume + / - button x 1
batteries and standby3.6v 1200 毫安 battery, 110 ~ 240v adapter power cord
weight110g
size128 * 16.5 * 69mm
other performancedisplay chip: mips r4000; support the bluetooth wireless module; built-in microphone;
support jpeg (dcf2.0/exif2.21 standard), tiff, bmp, gif, png picture browse; storage expansion: sony baton < / span>

sambungan controversi iklan raya....


UPdate.seperti yang dijanjikan tambahan akan dibuat dari semasa ke semasa.....kaitan-kaitan gamba ini dengan agenda freemason...adakah ia satu kebetulan>? tp kenapa ia kerap sekali dalam satu iklan sahaja...bukan tak sub tapi hanya sekadar perkongsian .....







penggunaan lotus tidaklah melambangkan bangsa tetapi lebih melambangkan nilai agama sesuatu kaum....
bukan semua kita boleh satukan. tidak dari segi akidah dan pengangan, bukan mahu mengukit atau menyakiti tapi kita kena bertegas dengan agama sendiri.

INDUSTRI HALAL MALAYSIA – SILAP LANGKAH TEWAS KEPADA NEGARA BUKAN ISLAM

MINDA BISTARI #57 - INDUSTRI HALAL MALAYSIA – SILAP LANGKAH TEWAS KEPADA NEGARA BUKAN ISLAM


(Artikel ini diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 30 September 2010 dengan beberapa pindaan oleh pihak editor di bawah tajuk “THAILAND SAMBAR PELUANG - Pusat Sains Halal Bukti Mereka Lebih Maju untuk Menjana Industri Makanan Halal Dunia Secara Besar-besaran”)
Minggu lalu saya memimpin delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) ke Bangkok, Thailand, selama tiga hari atas undangan Kerajaan Thailand menerusi Kedutaannya di Malaysia. Lawatan singkat ini diiringi Duta Thailand ke Malaysia, Thana Duangratana dan padat diisi acara rasmi yang sangat bermanfaat, sekali gus mengubah persepsi kami terhadap Thailand khususnya dalam industri makanan halal.
Misi ini bertujuan meninjau perkembangan dan pencapaian industri halal Thailand dan merapatkan hubungan dagang dan bisnes antara DPIM dengan usahawan Thailand. Lawatan rasmi bermula dengan kunjungan hormat delegasi terhadap Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Trairong Suwankiri di Bangkok. Kebetulan, Dr Trairong juga merupakan wakil rakyat di Narathiwat, salah satu daerah di wilayah Selatan Thailand. Kesempatan ini telah diambil untuk membincangkan isu berkaitan termasuk peluang bisnes dan pelaburan, khasnya di Selatan Thailand.  
Dalam membincangkan prospek industri halal Thailand, dua fakta dan hakikat utama perlu diberi perhatian. Kedua-duanya mempunyai implikasi besar terhadap masa depan Malaysia dalam industri halal dunia. Pertama, Thailand adalah antara negara pengeksport produk makanan terbesar dunia dan ia akan terus menjadi keutamaan Thailand dalam industri paling strategik ini untuk pertumbuhan ekonominya di masa depan.


 
Thailand berada di tangga keenam di dunia selepas Brazil di tempat pertama dan empat negara pengeksport makanan terbesar lain. Sebagai pengeksport utama makanan, Thailand juga menjadi pengeksport utama makanan halal di dunia. Hakikatnya, hampir kesemua negara eksport utama makanan halal dunia ini terdiri daripada negara bukan Islam.
Kedua, Thailand berazam meningkatkan eksport industri strategiknya, iaitu makanan, khasnya ke pasaran negara Islam. Thailand sedar akan potensi besar industri ini, memandangkan terdapat antara 1.2 hingga 1.6 bilion penduduk Islam di dunia hari ini.  Dalam tempoh beberapa dekad akan datang, jumlah umat Islam akan meningkat dengan pesat, menjadikan nisbahnya seorang bagi setiap tiga orang manusia di dunia. Justeru, Thailand telah berkerja keras mengatur strategi untuk berperanan lebih besar dalam membekal makanan, khasnya makanan halal ke pasaran dunia. 
Aspek kedua ini yang menjadi tumpuan misi lawatan. Kami anggap Thailand sedar akan kedudukannya, yang kurang strategik berbanding Malaysia dalam bidang makanan halal, lebih-lebih lagi setelah Malaysia  mengambil tindakan agresif dan bersungguh-sungguh dalam menonjolkan imej sebagai negara Islam paling kedepan dalam menggunakan label halal dan menjadikan halal ciri utama jenama negara.


Di Thailand, sekalipun hampir 10 peratus rakyatnya beragama Islam, kebanyakannya tinggal di lima daerah di wilayah selatannya, ia tetap merupakan sebuah negara majoriti bukan Islam. Dengan demikian ia sedar akan potensi berkerjasama dengan negara majoriti penduduknya Islam, khasnya Malaysia. Tambahan Malaysia adalah negara jirannya yang mempunyai hubungan sangat baik dengannya dan mempunyai imej serta nama yang sangat baik dalam industri halal.
Thailand sedar akan potensi besar pasaran negara Islam, lebih-lebih lagi setelah mengambil kira kadar pertumbuhan pesat pasaran ini apabila pertumbuhan penduduk umat Islam yang rata-rata berusia muda berbanding dengan negara maju lain khasnya, dan apabila diambil kira pertambahan pendapatan dunia Islam dalam jangka masa depan. Justeru, Thailand memandang serius isu halal untuk meningkatkan imej dan jenama mereka. Sebelum ini pun kita saksikan Thailand sangat serius dalam usaha melibatkan negaranya di semua forum halal antarabangsa, termasuk Forum Halal Sedunia (World Halal Forum) yang dianjurkan Malaysia.







Tegasnya, perlu kita perhatikan bahawa negara-negara bukan Islam seperti Thailand, Brazil, China, Australia dan seumpamanya sangat memandang berat dan serius peluang eksport makanan ke negara-negara Islam.   Malaysia, misalnya, telah berjaya menumpukan perhatian kepada tanaman kelapa sawit (dahulunya getah) dan kini, bersama Indonesia, menjadi pembekal dan pengeksport utama minyak sawit ke pasaran dunia. Kerana tiada kelebihan dalam mengeluar minyak sawit, Thailand telah memfokuskan kepada pengeluaran dan eksport buah-buahan, sayuran, bijiran seperti beras dan segala jenis makanan mentah dan diproses hasil usaha pertanian mereka sendiri.
Malangnya, sekalipun sebahagian besar minyak sawit digunakan sebagai bahan makanan, terutama minyak masak, shortening dan pengeluaran oleokimia, oleh kerana proses pengeluarannya kerap tidak melalui proses yang diiktiraf secara rasmi sebagai halal, maka sumbangan besar Malaysia dan Indonesia kepada pasaran produk makanan halal dunia dilihat sangat kecil. Sedangkan negara seperti Thailand dan lainnya yang mengeluarkan bahan makanan berasaskan tanaman, dan Brazil serta Australia yang banyak mengeluarkan makanan berasal daripada daging ternakan seperti lembu, biri-biri dan ayam, mengambil berat untuk menentukan status halal barangan eksport mereka diiktiraf dan diterima oleh pasaran negara Islam.
Jelas sekali negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia perlu berbuat sesuatu untuk menyeimbangkan kedudukan eksport halal mereka, supaya memberi gambaran tepat bahawa pengeluar produk makanan halal dunia tidak sahaja didominasi oleh pengeluar bukan Islam.
Dalam lawatan ke Thailand ini, delegasi DPIM kemudiannya mendapat peluang berbincang, bertukar pandangan dan meninjau peluang bisnes dan pelaburan, khasnya ketika berkunjung ke Dewan Perdagangan Thailand dan Lembaga Perdagangan Thailand. Satu pertemuan ringkas juga diadakan dengan Presiden Persatuan Bank-bank Thailand, Presiden Dewan Perdagangan Thailand dan Presiden Persatuan Industri Pembuatan Thailand ketika delegasi DPIM diraikan oleh Arsa Sarasin, Ketua Setiausaha Peribadi Raja Thailand dalam jamuan makan tengah hari di Hotel Oriental. Arsa Sarasin merupa sahabat karib Presiden DPIM, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddin dan pernah berkhidmat di Kedutaan Thailand di Malaysia satu ketika dulu.
Delegasi DPIM telah mengisi lawatan hari ketiga dengan berkunjung ke dua pusat penyelidikan membabitkan produk halal. Kesungguhan Thailand menempatkan negaranya dalam aspek halal dapat kami saksikan ketika melawat Pusat Halal Thailand dan Pusat Sains Halal (Halal Science Centre), Universiti Chulalongkorn.
Jelas dilihat betapa Thailand telah berada lebih jauh ke depan dalam bidang sains halal. Kami juga kagum dengan usaha serius Thailand terutamanya dalam mengasaskan pengesahan status halal suatu produk atau bahan makanan mengikut kaedah saintifik. Kedua-dua pusat ini memiliki peralatan canggih serta pakar saintis terlatih dan profesional, melibatkan ramai saintis Muslim (khasnya di Universiti Chulalongkorn di bawah pimpinan Profesor Madya Dr Winai Dahlan, Pengarah Halal Science Centre).







Pusat Sains Halal Universiti Chulalongkorn dilaporkan berupaya memberi khidmat kepada industri, sehingga ke peringkat antarabangsa, untuk membantu bisnes dan industri yang memerlukan kepastian status halal produk atau bahan terbabit.  Khidmat ini pula dibuka luas dengan dikenakan bayaran minima, atau langsung tanpa bayaran.
Antara lain, kaedah saintifik digunakan untuk mengesan jenis bahan yang digunakan dalam sesuatu produk makanan, misalnya hingga berupaya menyatakan sama ada ia mengandungi bahan membabitkan babi, alkohol dan bahan haram lain seumpamanya. Kaedah saintifik juga digunakan untuk memastikan aspek keselamatan pemakanan atau food security, dan kedua pusat ini menekankan pentingnya dimensi keselamatan makanan ini dijadikan teras kepada penarafan, selain daripada memastikan kriteria halal dipatuhi sepenuhnya. 
Saya percaya khidmat serta kemudahan saintifik yang lengkap seperti ini yang dapat digunakan sepenuhnya untuk manfaat industri makanan halal belum terdapat di Malaysia. Sekiranya kita tidak berusaha ke arah itu, kita bimbang Malaysia akan terus ketinggalan dalam meletakkan negara di barisan depan dalam khidmat halal kepada bisnes dan industri antarabangsa.
China, Jepun dan Vietnam juga dikatakan sedang menerokai keupayaan saintifik seperti ini. Semuanya bercita-cita menjadi pembekal dan pengeksport makanan halal yang sangat besar potensinya di kalangan umat Islam di dunia. Jepun dilaporkan telah mengambil langkah mendapatkan kerjasama Thailand dalam perancangan membina Pusat Sains Halal seperti ini di Jepun. Apabila berjaya membina keupayaan ini, kesemua negara bukan Islam ini pasti berupaya memberi saingan hebat kepada negara Islam dalam industri makanan halal dunia. Tidak hairan sekiranya mereka akan mengawal dan mendominasi industri ini, menewaskan negara Islam yang seharusnya mempunyai kelebihan dalam industri dan perdagangan produk halal.
Sudah pasti kita tidak ingin melihat negara Islam, termasuk Malaysia, ketinggalan. Kita juga tidak rela melihat kelebihan bersaing dalam industri makanan dunia, khasnya dengan taraf halal kurniaan Allah untuk manfaat umat Islam dalam usaha memperkukuhkan kedudukan ekonomi mereka, sewenang-wenangnya diguna dan diaplikasi untuk manfaat orang lain.
Di sinilah minat dan fokus delegasi DPIM berkunjung ke Thailand. Setelah kembali, kita perlu mengatur langkah dan strategi bagaimana kelebihan halal ini boleh dimanfaatkan oleh Malaysia. Demikian juga, di Thailand, manfaat ini harus diguna untuk meningkatkan tahap pembangunan ekonomi dan taraf hidup umat Islam, khasnya di Selatan Thailand, supaya dapat menjadi umat berdikari, bebas ekonomi, terlindung dan terpelihara keselamatan hidup sosial dan politik mereka.


Untuk itu, DPIM akan menerokai segala prospek kerjasama yang lebih rapat antara ahli bisnes dan korporat Malaysia dengan ahli bisnes dan korporat Thailand, bersama melabur dan merebut kesempatan ekonomi, khasnya dalam industri makanan halal ini.
Muhammad Ali Hashim
29 September, 2010.

Followers