clik clik on...

Pages

PERSONALITI DAN BIBIR ANDA

 Mengenali Bibir Wanita


Bibir segar dan kemerahan:
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi didakwa mempunyai tubuh badan sihat, sekali gus pandai menjaga kesihatan diri. Mereka dianggap ceria hinggakan ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat keaslian wanita. Dirinya suka disayangi dan mahukan kasih sayang sepenuhnya.

Bibir yang biru (pucat):
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipercayai malah selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawal wanita ini.

Bibir yang tipis:
Tipis bukan bererti nipis! Wanita memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka berbicara. Mereka gemar melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan daripada pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil:
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa dilakukan mereka. Mereka boleh menjadi ibu yang baik serta suri rumah bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal:
Wanita ini dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas juga terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta mahupun seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan di tengah ramai. Wanita ini tidak suka sikap berpura-pura. Dia boleh menjaga rahsia dengan baik. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan mampu menyinggung perasaan. Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama dan wang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap boros.

Bibir sentiasa terbuka:
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajati dalam perhubungan. Wanita ini juga pandai merangsang pasangan dengan gaya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Followers