clik clik on...

Pages

hedonisme...individualistik

Penularan budaya hedonistik dan individualistik pada kalangan masyarakat pascamoden kini, telah mewujudkan satu golongan manusia yang semakin lalai dengan hiburan dan keseronokan.Budaya hedonistik ialah satu budaya atau cara hidup yang sukakan hiburan dan keseronokan semata-mata tanpa menghiraukan perkara lain. Begitu juga budaya individualistik iaitu suatu cara hidup yang mementingkan diri sendiri dan tidak suka akan teguran atau pendapat orang lain.Saya amat bersetuju bahawa masyarakat pascamoden sekarang mudah diresapi oleh budaya hedolinistik dan individualistik yang menyaksikan kehidupan manusia hari ini semakin lalai dengan hiburan dan keseronokan.Saya akan menyatakan beberapa kenyataan yang akan menyokong pendapat saya.

Pada masa ini, dapat kita lihat perkembangan industri hiburan dalam dan luar negara yang semakin rancak meningkat dan berkembang .Banyak rancangan berunsur hiburan diterbitkan selaras dengan perkembangan ini. Terutamanya rancangan berorentasikan “reality show” dan juga pencarian bakat baru dalam indurtri ini.Rancangan sebegini menjadi peransang kepada ramai orang menceburi bidang ini. Tidak kira dari pelbagai peringkat umur dan juga lapisan masyarakat.Maka wujudnya golongan sebegini yang bercita-cita menjadi penghibur.Hal sebegini dapat kita perhatikan di kaca televisyen bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, di mana peserta sanggup beratur untuk menunggu giliran untuk di temuduga rancangan hiburan.

Kewujudan rancangan hiburan di Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan menyebabkan rancangan berbentuk ilmiah telah diketepi dan tidak lagi disiarkan.hal ini kerana rancangan sebegini tidak lagi di minati dam mendapat sambutan pada kalangan masyarakat yang boleh diklafikasikan sebagai golongan hedolistik ini.Selain itu para penerbit–penerbit filen atau rancangan lebih suka menerbitkan rancangan hiburan.Samalah dari segi penajaan, pihak penajaan sukar untuk menaja rancangan berbentuk ilmiah kononnya tidak mendapat dan tiada nilai kormesil,akan tetapi tidak pada rancangan hiburan.Di sini dapat kita lihat betapa terpengaruhnya masyarakat terhadap budaya ini.

Seterusnya,wujud golongan yang finatik terhadap musik.Hal ini dapat ditonjolkan dengan kewujudan kumpulan ‘blak metal’ ,’heavy metal’ , ska dan bermacam-macam menjadikannya sebagai satu cara hidup.Antara contoh yang dapat kita lihat ialah dari segi percakapan, permakaian dan cara pergaulan mereka.Semuanya berpandukan dan mengikut corak serta aliran kumpulan yang mereka minat.Selain itu golongan sebegini tidak menghiraukan orang lain ,mereka hanya bercampur dengan kawan-kawan atau geng-geng mereka sahaja.Kebanyakkan golongan sebegini di pengaruh oleh cara nilai dan cara hidup yang tidak baik.Contohnya rokok, alkohol, dadah dan juga seks bebas.Semua ini menjurus kepada kemusnahan dan kerosakkan masyarakat.Ketaksuban mereka memberikan perluang kepada pengusaha kelab-kelab malam dan hiburan untuk perniagaan mereka pada umumnya.

Seperti kita ketahui pada amnya.Golongan individualistik ini tidak suka hidup dalam masyarakat. Mereka lebih senang untuk hidup sendiri dan dengan kelompok atau keluarga sahaja. Hal ini dapat dilihat pada kalangan masyarakat pasca moden. Contohnya dalam pemilihan rumah, mereka memilih rumah yang mempunyai tembok penghalang antara rumah, kondominium persendirian dan sebagainya. Dengan sedemikian mereka dapat mengasingkan diri dalam masyarakat. Kononnya untuk mendapatkan ‘privacy’. Golongan ini tidak suka membantu orang lain malah tidak mempunyai sikap hormat menghormati dalam masyarakat. Selain tidak suka ditegur oleh orang lain atas kesalahan mereka yang telah mereka lakukan.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia sememangnya sudah terpengaruh dengan budaya hendonistik dan individualistik.Hal ini dapat dibuktikan dengan cara hidup dan kelakuan masyarakat Malaysia yang ditonjolkan.Budaya sebegini telah merosakkan tatalusila dan budaya masyarakat timur .yang pada amnya mementingkan kemuhibahan dan kesepaduan kaum di Malaysia.

Followers